Shopee 9.9 – Pelitup Muka Menjadi Produk Paling Popular, Lebih 10 Juta Keping Terjual
Shopee hari ini berkongsi statistik semasa berkaitan jualan Shopee 9.9 yang lepas. Menurut Shopee, sebanyak 45 juta barangan telah terjual melalui platform Shopee di seluruh ratau, dalam hanya 99 minit pertama sahaja.
Salah satu produk yang popular dijual pada Shopee 9.9 adalah pelitup muka, dimana lebih 10 juta keping pelitup muka dijual, terutamanya jenis KF94 dan KN95.
Shopee juga menyaksikan lebih 4,000 unit benang kait dibeli pengguna pada 9.9, menyaksikan perkembangan hobi baharu dikalangan pengguna tempatan.
Dari segi pejual pula, Shopee mengatakan jualan 9.9 memberi manfaat kepada lebih 70,000 PKS tempatan yang baharu menyertai jualan 9.9 buat pertama kali.
Disamping itu, sekitar 50PKS telah melihat catatan jualan purata berjumlah kira-kira RM350,000 pada hari berkenaan.
Bagi anda sendiri, apakah anda beli ketika jualan 9.9 yang lepas ini?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment