Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Dijangka Akan Memperkenalkan Siri Kad Grafik RTX 3000 Super Dan RTX 4000 Pada Awal Dan Penghujung 2022 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Dijangka Akan Memperkenalkan Siri Kad Grafik RTX 3000 Super Dan RTX 4000 Pada Awal Dan Penghujung 2022


Tahun 2022 dilihat akan menjadi sebuah tahun yang agak sibuk untuk NVIDIA, dimana ia dijangka bahawa syarikat tersebut akan memperkenalkan dua siri kad grafik baru dibawah nama model GeForce RTX 3000 Super dan juga GeForce RTX 4000.

Ia telah dilaporkan bahawa NVIDIA akan melancarkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 Super mereka, iaitu penambahbaikan ketara kepada siri NVIDIA GeForce RTX 3000 mereka pada awal tahun hadapan, manakala NVIDIA GeForce RTX 4000 yang menggunakan cip grafik Ada Lovelace akan diperkenalkan pada penghujung tahun yang sama.

Jika benar, tarikh pengumuman siri kad grafik GeForce RTX 3000 Super ini agak menarik kerana NVIDIA baru sahaja melancarkan siri kad grafik RTX 3060 Ti, RTX 3070 Ti dan RTX 3080 Ti mereka tidak lama dahulu yang sudahpun memperlihatkan peningkatan prestasi berbanding dengan siri GeForce RTX 3000 yang awal.

Oleh kerana ini masih lagi maklumat yang ditiriskan, tidak begitu banyak butiran mengenai kedua-dua siri kad grafik ini diketahui lagi buat masa ini, tetapi ia dijangka bahawa siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 akan hadir dengan prestasi yang lebih hebat lagi.

Seperti biasa, NVIDIA dijangka akan memperlihatkan sedikit maklumat mengenai siri kad grafik RTX 3000 Super di Consumer Electronics Show sebelum memperkenalkannya secara penuh di acara NVIDIA GDC di suku pertama tahun hadapan.

Sumber: TechPowerUp



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.