China Menerbitkan Garis Panduan Untuk Mengawal Penggunaan Kecerdasan Buatan
China telah menerbitkan garis panduan pertama untuk mengawal penggunaan kecerdasan buatan oleh syarikat teknologi negara tersebut. Dengan wujudnya garis panduan Kementerian Sains dan Teknologi (MOST) ini, China berhasrat menjadi kuasa besar dalam teknologi kecerdasan buatan menjelang 2030.
Garis panduan akan memastikan kecerdasan di masa hadapan adalah sentiasa di bawa kawalan manusia. Manusia perlu diberikan kuasa mutlak ke atas kecerdasan buatan dalam bentuk menerima perkhidmatan yang menggunakan kecerdasan buatan, boleh keluar dari berinteraksi dengan sistem kecerdasan buatan atau berhenti terus pada bila-bila masa.
Enam prinsip utama garis panduan kecerdasan buatan di China ialah ia boleh dikawal serta dipercayai, membantu menaiktaraf kehidupan manusia, menggalakkan keadilan dan kesaksamaan, melindungi privasi serta keselamatan dan meningkatkan kesedaran mengenai etika.
Beijing sejak setahun lalu meningkatkan kawalan mereka ke atas syarikat teknologi di negara mereka. Sebelum ini Badan Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) mengumumkan draf garis panduan baharu yang mengandungi 30 perkara untuk mengawal penggunaan algoritma oleh firma-firma teknologi. Antaranya ialah tidak menyebabkan rakan penghantaran makanan bekerja terlalu lama dan tidak menggalakkan pengguna membeli sehingga berlakunya ketagihan.
Sumber SCMP
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment