WhatsApp Mula Mengedarkan Ciri Mesej Menghilang Sehingga 90 Hari
Tahun lepas, WhatsApp mula menawarkan ciri yang sudah lama ada di Telegram – iaitu mesej menghilang. Ketika ia diperkenalkan, mesej akan menghilang hanya selepas 7 hari jika ia diaktifkan.
WhatsApp kemudiannya menguji kemampuan ciri ini pada kadar 24 jam dan turut kelihatan mereka menguji sehingga 90 hari baru mesej akan hilang dari ruangan sembang.
Terkini bermula dengan WhatsApp 20.21.20.13, WhatsApp mula mengedarkan ciri ini kepada umum. Tetapi dalam ujian kami, ia hanya ada pada versi beta 20.21.20.13 untuk Android.
Ciri mesej menghilang akan ada tiga pilihan, 24 jam/7 hari/90 hari atau matikan terus ciri ini. WhatsApp turut menawarkan ciri Pemasa Mesej Lalai atau Default Message Timer.
Jika ia diaktifkan, setiap perbualan individu yang baru diterima akan menghilang mengikut tetapan yang telah diaktifkan.
Apa pendapat anda dengan penawaran lebih banyak masa untuk mesej menghilang ini? Adakah ia benar-benar untuk privasi atau hanya sekadar gimik?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment