Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Didakwa Mementingkan Keuntungan Daripada Keselamatan Pengguna Menurut Bekas Pengurus Produk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Didakwa Mementingkan Keuntungan Daripada Keselamatan Pengguna Menurut Bekas Pengurus Produk


Rancangan 60 Minutes pagi ini menyiarkan temubual mereka dengan Frances Haugen yang merupakan bekas pengurus produk di Facebook. Haugen ialah individu yang menjadi sumber kepada laporan The Facebook Files oleh Wall Street Journal beberapa minggu yang lalu. Beliau mendedahkan identiti beberapa hari sebelum memberikan keterangan kepada kongres Amerika Syarikat mengenai keselamatan anak-anak di atas talian.

Antara dakwaan beliau ialah Facebook mengutamakan keuntungan daripada keselamatan pengguna. Beberapa kajian dalaman yang dilakukan oleh Facebook mendapati Instagram menyebabkan mereka ingin membunuh diri dan gangguan pemakanan ke atas remaja perempuan. Sungguhpun begitu remaja akan terus menggunakan Instagram yang menyebabkan kesihatan mental mereka semakin terjejas.

Isu bermula selepas Facebook memperkenalkan algoritma baru pada tahun 2018 yang mendahulukan interaksi yang tinggi di kalangan pengguna. Antara kesan negatif algoritma ini ialah ia meningkatkan perkongsian berita negatif, maklumat yang tidak tepat dan mewujudkan ketakutan. Dakwa Heugen lagi Facebook boleh menggantikan algoritma ini dengan yang lebih selamat tetapi ini akan mengurangkan interaksi sekaligus merendahkan paparan iklan yang akan merugikan Facebook. Wujud konflik mengenai apakah yang baik untuk masyarakat dan apa yang baik untuk Facebook.

Laporan The Faebook Files menyebabkan Instagram menangguhkan pelancaran Instagram Kids mereka juga minggu lalu dengan Adam Mosseri berkata mereka akan mengambil input dari pakar kanak-kanak, ibu bapa dan badan NGO bagi memastikan platform ini adalah lebih selamat untuk digunakan.

Facebook telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal laporan 60 Minutes. Menurut Facebook mereka telah memperkenalkan pelbagai penambahbaikan untuk menangani penyebaran maklumat palsu dan kandungan berbahaya. Dakwaan mereka mendorong kandungan yang tidak baik dan tidak melakukan apa-apa tidak benar.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.