Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ginjal Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Tubuh Manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ginjal Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Tubuh Manusia


Saintis telah lama ingin menggunakan organ khinzir sebagai ganti kepada organ manusia yang rosak. Usaha menjadikan ini realiti semakin hampir selepas sebuah ginjal khinzir telah berjaya dipindahkan ke tubuh penerima manusia di New York menurut laporan Associated Press.

Joe Carrotta/NYU Langone Health

Ginjal khinzir yang telah diubahsuai genetik untuk membuang kemampuan menghasilkan molekul alpha-gal yang menyebabkan organ ditolak selepas pemindahan. Ia kemudian disambungkan kepada penerima manusia yang telah disahkan mempunyai kematian otak selama 54 jam dengan kebenaran pihak keluarga. Sepanjang tempoh tersebut tiada kesan ginjal khinzir itu ditolak oleh tubuh penerima.

Kejayaan melakukan xenotransplan ini memberikan harapan organ khinzir boleh digunakan sebagai ganti organ manusia lain di masa hadapan. Khinzir menjadi haiwan pilihan kerana saiz organ yang sama dengan manusia serta ia mudah diternak bagi tujuan perubatan tanpa perlu menanti tempoh matang yang lama. Ia akan sekaligus menyelesaikan masalah kekurangan penderma organ yang sudah lama berlarutan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.