Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan Tinggi – Kain Lap Skrin RM99 Apple Kini Telah Tertempah Sehingga Dua Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan Tinggi – Kain Lap Skrin RM99 Apple Kini Telah Tertempah Sehingga Dua Bulan


Apple pada awal minggu ini telah memperkenalkan kain lap skrin dinamakan sebagai Apple Polishing Cloth. Disenaraikan pada harga RM99, kain lap skrin daripada Apple ini dilihat menerima permintaan yang tinggi dikalangan pengguna seluruh dunia.

Pada awalnya, tempahan kain lap Apple ini memperlihatkan penghantaran dalam tempoh sekitar lima hari bekerja. Namun, semakan terbaru memperlihatkan yang mana tempahan pembelian baru untuk Apple Polishing Cloth ini hanya akan menerimanya dalam tempoh dua bulan lagi, iaitu pada penghujung Disember 2021 kelak.

Ini sekaligus menunjukkan permintaan yang sangat tinggi untuk kain lap skrin keluaran Apple ini.

Sebelum ini, Apple memasarkan kain ini sesuai untuk mengelap skrin peranti daripada komputer ke iPhone dan juga iPad, termasuk Apple Watch.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah membeli kain lap ini pada harga RM99?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.