Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Kini Membolehkan Ujian Aplikasi Android Pada Windows 11 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Kini Membolehkan Ujian Aplikasi Android Pada Windows 11


Microsoft sebelum ini sedia mengumumkan sokongan aplikasi Android pada Windows 11. Namun, ia tidak diperkenalkan ketika pelancaran Windows 11 tempoh hari, dan hanya dijadualkan pengenalannya sebagai kemaskini akan datang kepada Windows 11.

Terbaru, bermula hari ini, Microsoft telah memulakan ujian bagi pengguna Windows Insiders, membolehkan ujian penggunaan aplikasi Android di Windows 11, melalui pemasangan aplikasi menggunakan kedai aplikasi Amazon Appstore.

Microsoft hanya mengehadkan ujian ini untuk pengguna saluran Beta melalui Windows Insider, di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Pengguna tempatan masih boleh mengujinya dengan menetapkan lokasi komputer Windows 11 kepada kawasan Amerika Syarikat, tetapi masih memerlukan akaun Amazon berasaskan Amerika Syarikat untuk mengakses Amazon Appstore.

Microsoft mengatakan mereka telah bekerjasama dengan Amazon, dan menyenaraikan sekitar 50 aplikasi Android yang boleh diuji pada Windows 11. Lebih banyak aplikasi dijangka ditambah dari hari ke hari.

Penggunaan aplikasi Android akan menawarkan kawalan dan beberapa ciri lebih kurang sama seperti aplikasi Windows, selain membolehkan ia dijalankan bersebelahan atau bersama-sama aplikasi lain di komputer Windows 11 anda.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal ujian, dan masih tidak diketahui lagi bilakah versi stabil akan diperkenalkan untuk semua pengguna Windows 11 seluruh dunia, selain menambah lebih banyak akses aplikasi Android untuknya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.