Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Freebuds Lipstick Diumumkan Dengan Pod Simpanan Seakan Gincu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Freebuds Lipstick Diumumkan Dengan Pod Simpanan Seakan Gincu


Pod simpanan TWS sekarang mempunyai rekaan cangkerang. Ada yang bulat dan ada juga yang memanjang. Kesemuanya bagi memastikan fon telinga nirwayar dapat disimpan dengan selesa di dalam kocek. Tetapi hari ini Huawei Freebuds Lipstick diumumkan dan ia mungkin fon telinga nirwayar pertama yang mengambil inspirasi daripada gincu bibir.

Fon telinga berwarna merah dengan tangkai yang panjang mempunyai rekaan terbuka tetapi masih dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif (ANC). Ia boleh digunakan untuk bersenam kerana melepasi piawaian kalis air IPX4.

Bahagian tangkai mempunyai pada sesentuh untuk mengawal media dan menyokong tatalan ke atas atau kebawah untuk mengubah kelantangan bunyi. Pod simpanan berwarna hitam berkilat dan emas memanjang dengan sisi yang dibulatkan. Dari jauh memang kelihatan seperti sebatang gincu bibir yang bersaiz besar.

Pemandu audio utama sebesar 14.3mm dipadankan dengan pemacu bass yang disusun selari. Dengan ANC diaktifkan, hayat penggunaan ialah 2.5 jam atau sehingga 20 jam dengan pod pengecas. Tanpa ANC ia meningkat ke 4/24 jam dengan sekali caj. Pengecasan semula ialah menggunakan port USB-C. Harga pada waktu ini masih belum diumumkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.