Hi! Welcome Back and Stay Tune! Redmi Smart TV X 2022 Dilancarkan Dengan 2 Saiz Skrin Dan Kadar Segar Semula 120Hz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Redmi Smart TV X 2022 Dilancarkan Dengan 2 Saiz Skrin Dan Kadar Segar Semula 120Hz


Redmi telah mengemaskini rangkaian televisyen pintarnya dengan memperkenalkan Redmi Smart TV X 2022. Ia hadir dalam dua saiz skrin berbeza iaitu 55-inci dan 65-inci bersama paparan yang menyokong resolusi 4K. Selain itu, ia juga menyokong format HDR dan Dolby Vision untuk pengalaman yang lebih baik.

Redmi X 2022 Smart TV juga direka khusus untuk penggemar permainan video. Di mana, ia menyokong kadar segar semula 120Hz yang membolehkan pengalaman permainan video berkualiti tinggi dapat dimainkan. Di samping, ciri Auto Low Latency Mode yang membolehkan televisyen bertukar kepada mod permainan secara automatik dengan masa tindak balas 4ms apabila disambungkan pada PC atau konsol.

Kedua-duanya dijana dengan cip pemproses empat teras ARM Cortex-A73 yang dipadankan dengan memori 3GB RAM dan 32GB storan dalaman secara terbina. Turut melengkapinya adalah sistem pembesar suara dua unit dengan output 12.5W dengan sokongan Dolby Atmos. Ia juga mempunyai sokongan mikrofon yang mampu mengesan suara pada jarak jauh dengan baik. Pilihan input pula adalah 3 x HDMI, 2 x port USB, AV, S/PDIF dan Antena.

Di China, Redmi Smart TV X 2022 dengan saiz 55-inci dijual pada RMB2999 (~RM1,950). Sementara itu, model 65-inci pula berharga RMB3499 (~RM2,275). Ia akan mula dipasarkan di China pada penguhujung Oktober ini.

Sumber : Weibo



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.