Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Alpha 7 IV Dilancarkan Dengan Sensor 33MP Bingkai Penuh Untuk Keperluan Hibrid Video dan Fotografi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Alpha 7 IV Dilancarkan Dengan Sensor 33MP Bingkai Penuh Untuk Keperluan Hibrid Video dan Fotografi


Sony Alpha 7 IV diumumkan lewat malam semalam sebagai model kemas kini untuk Alpha 7 III  yang dilancarkan pada tahun 2018. Penambahbaikan dilakukan pada sensor 33MP Exmor R BSI CMOS bingkai penuh yang membolehkan rakaman gambar sehingga 10 bingkai sesaat dan video pula sehingga 4K 60FPS. Ini menurut Sony menjadikan ini kamera pilihan buat pengguna hibrid yang melakukan penggambaran video dan fotografi statik.

Sensor dipadankan dengan cip BIONZ XR  yang digunakan pada Alpa 1 dan Alpha 7S III sebelum ini. Sebagai kamera hibrid video, Alpha 7 IV dilengkapi butang khusus untuk rakaman video pada bahagian atas. Skrin LCD pada panel belakang boleh diubah pelbagai arah dan juga mempunyai sokongan sesentuh untuk memudahkan operasi.

Menurut Sony, sistem penyejukan diperbaiki pada Alpha 7 IV membolehkan ia merakam pada resolusi 4K 60FPS berterusan selama sejam tanpa isu pemanasan. Perisian turut diperbaiki bagi membolehkan ia digunakan juga untuk penstriman langsung,

Plihan I/O pula ialah port HDMI, bicu fon kepala, bicu mikrofon, USB-C 10 Gbps, USB-C untuk sambungan ethernet, dan micro-USB. Terdapat slot untuk kad memori CFexpress Type-A dan UHS-II SD. Sony Alpha 7 IV dijual pada harga $2,500 (~RM 10,391) tanpa lensa dan $2,700 (~RM 11,222) dengan lensa 28-70mm.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.