Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Watch GT3 Kini Rasmi Dengan Bateri Sehingga 14 Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Watch GT3 Kini Rasmi Dengan Bateri Sehingga 14 Hari


Fon telinga dengan rekaan seakan gincu bibir bukan satu-satunya peranti yang dilancarkan oleh Huawei hari ini. Jam tangan pintar Huawei Watch GT3 turut dilancarkan secara rasmi dalam dua pilihan saiz iaitu 46mm dan 42mm. Seperti jam tangan siri GT yang dilancarkan sebelum ini, GT3 sekali mempertaruhkan kemampuan mengesan pelbagai aktiviti sukan, penjejakan kesihatan dan bateri yang dapat bertahan lebih lama berbanding kebanyakan pesaing.

Huawei Watch GT3 (46mm) dilengkapi skrin 1.43″ AMOLED berbentuk bulat, tubuh premium dari logam tahan karat, dijana cip ARM Cortex-M, memori sebesar 32MB, storan sebesar 4GB. Kapasiti bateri tidak didedahkan tetapi boleh bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa atau sehingga 8 hari pada penggunaan lebih berat. Huawei Watch GT3 (42mm) mempunyai ciri yang sama cuma skrin lebih kecil 1.32″ dan bateri yang boleh bertahan sehingag 7 jam pada penggunaan biasa atau 4 hari dalam penggunaan yang lebih berat.

Kedua-dua model GT3 boleh digunakan untuk berenang sehingga 5 ATM. Sensor standard giroskop, GPS, barometer, termometer, accelerometer dan pengecasan nadi disertakan. Jam tangan pintar ini boleh mengesan tahap oksigen dalam darah sepanjang hari disamping pengesanan 100 aktiviti senaman. Bagi yang memerlukan motivasi, terdapat ciri jurulatih maya terus dari pergelangan tangan.

Pelbagai notifikasi boleh dipaparkan dari telefon pintar yang ditambat bersama ciri melakukan panggilan telefon. Storan yang besar boleh digunakan untuk memuat turun aplikasi serta mendengar muzik yang dimuat turun. Harga jualan pelbagai model Huawei Watch GT3 adalah seperti di bawah.

  1. HUAWEI Watch GT 3 46mm – Active: £229.99 (~RM1320)
  2. HUAWEI Watch GT 3 46mm – Classic: £249.99 (~RM1435)
  3. HUAWEI Watch GT 3 46mm – Elite: £299.99 (~RM1722)
  4. HUAWEI Watch GT 3 42mm – Active: £209.99 (~RM1205)
  5. HUAWEI Watch GT 3 42mm – Elegant: £229.99 (~RM1320)
  6. HUAWEI Watch GT 3 42mm – Elegant (Milanese Strap) £279.99 (~RM1607)


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.