Twitter Kini Membolehkan Semua Memulakan Twitter Spaces – Tiada Lagi Sebarang Had
Twitter kini mengumumkan yang mana semua pengguna Twitter di aplikasi Android dan iOS boleh memulakan dan mengehos Twitter Spaces tersendiri, tanpa memerlukan sebarang had.
Sebelum ini, ciri perbualan audio telah diperkenalkan di Twitter, dan ia memerlukan pengguna dengan sekurang-kurangnya 600 pengikut boleh memulakan bilik audio masing-masing.
Namun, dengan perubahan hari ini, semua boleh memulakannya, sekaligus memperlihatkan fokus pihak Twitter terhadap arena audio ini.
Selain Twitter, satu lagi pesaing terdekat adalah Clubhouse. Namun, popularitinya semakin merudum dari hari ke hari, dengan lebih ramai beralih ke Twitter Spaces kerana capaiannya yang lebih meluas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment