Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empat Sistem Kabel Dasar Laut Sedang Dibangunkan Untuk Menampung Keperluan Sambungan Internet Pantas Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empat Sistem Kabel Dasar Laut Sedang Dibangunkan Untuk Menampung Keperluan Sambungan Internet Pantas Di Malaysia


Sewaktu sesi soal-jawab di Dewan Negara hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menjawab soalan daripada Senator Robert Lau Hui Yew mengenai pautan Malaysia kepada rangkaian internet global dan mengatakan bahawa kerajaan sedang dalam proses membangunkan beberapa kabel dasar laut.

Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa Malaysia sedang membangunkan empat kabel dasar laut yang bukan sahaja akan mengurangkan masa pendam sambungan internet Malaysia ke perkhidmatan-perkhidmatan digital global, tetapi membantu dalam meningkatkan kadar kelajuan internet negara ini ke pusat-pusat data di seluruh dunia.

Empat projek kabel dasar laut ini termasuklah sistem kabel Bay-to-Bay Express oleh Facebook yang sedang dibangunkan dengan kerjasama Time Dotcom dan akan mendarat di Cherating pada suku pertama 2023 kelak.

Projek kedua ialah sistem kabel MIST yang sedang dibangunkan oleh NTT dengan Arus Restu Sdn Bhd yang akan mendarat di Morib pada tahun 2023 juga. Satu lagi sistem kabel yang akan mendarat di pantai Morib ialah IAX yang dijangka akan siap pada penghujung tahun ini.

Projek sistem kabel dasar laut keempat pula ialah sistem kabel BaSICS yang sedang dibangunkan oleh PP Telecommunications, dan akan mendarat di bandar Kuching dan akan disiapkan pada penghujung tahun ini juga.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.