Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Chrome 99 Dikemaskini Dengan Panel Sisi Untuk Penanda Buku Dan Senarai Bacaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Chrome 99 Dikemaskini Dengan Panel Sisi Untuk Penanda Buku Dan Senarai Bacaan


Saya tidak tahu anda bagaimana, tetapi saya adalah antara pengguna pelayar web yang benci akan bar penanda buku tetapi terpaksa menggunakannya kerana ia memudahkan tugasan harian. Mana-mana pelayar web saya guna, bar ini akan saya aktifkan. Walaupun ada beberapa jalan penyelesaian lain, sukar untuk saya terima kerana sudah biasa dengan corak penggunaan sekarang dan memori saya sukar untuk terima cara baharu.

Terkini Google telah mengemaskini pelayar web Chrome mereka ke versi 99 yang stabil. Dalam pelayar web ini, Google telah memperkenalkan panel sisi untuk penanda buku dan senarai bacaan. Panel sisi ini kelihatan menarik untuk digunakan dan ia menarik perhatian saya. Akhirnya mungkin ini akan menjadi alternatif saya untuk bar penanda buku.

Dalam panel sisi ini di tab senarai bacaan, terdapat butang untuk tambah tab semasa yang aktif. Ini akan menyimpan laman web yang sedang dibuka untuk bacaan akan datang. Tab satu lagi pula adalah kesemua penanda buku yang telah disimpan oleh pengguna. Di bahagian atas panel sisi ada pula satu butang pangkah untuk menutupnya.

Pendapat saya, menggunakan komputer riba sedikit kurang menarik kerana saiz skrin yang kecil. Jika menggunakan monitor, skrin yang lebih besar ia akan lebih selesa dan seronok untuk digunakan. Jika anda ingin cuba, terus kemaskini sahaja Chrome anda dan ikon panel sisi ini akan terpapar di sebelah bar alamat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.