Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelak Anda Boleh Melancong Ke Stesen Angkasa Milik China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelak Anda Boleh Melancong Ke Stesen Angkasa Milik China


Pelancongan ke angkasa lepas bukanlah perkara baharu dengan Dennis Tito menjadi orang awam pertama yang membayar untuk menjadi seorang angkasawan pada tahun 2001. Selepas lebih dua dekad, kini syarikat swasta SpaceX, Blue Origin dan Virgin Galactic kesemuanya telah menawarkan pengalaman ke angkasa lepas. China tidak ingin ketinggalan dan akan menawarkan pelancongan ke stesen angkasa mereka dalam masa sedekad.

Yang Liwei yang merupakan taikonaut pertama China dipetik oleh media tempatan berkata pengalaman pergi ke stesen angkasa Tiangong milik negara boleh ditawarkan dalam masa hanya sedekad. Ini adalah kerana kapal angkasa Shenzhou generasi seterusnya mampu membawa sehingga enam penumpang berbanding hanya tiga sekarang.

China masih lagi dalam proses menyiapkan stesen angkasa Tiangong mereka dengan hanya beberapa modul berjaya dipasang setakat ini. Selain penglibatan Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA), syarikat swasta di China turut telah mengumumkan perancangan menawarkan perjalanan ke angkasa lepas mereka mirip Blue Origin.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.