Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme Buds Air 3 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM229 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme Buds Air 3 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM229


Tidak hanya telefon pintar, sebaliknya aksesori audio Realme turut dikemaskini dengan produk baharu. Melaluinya, Realme Buds Air 3 telah diumumkan dengan rekaan dalam telinga bertangkai, di samping lengkap dengan pod pengecas berbentuk bujur. Rekaan fizikalnya di sini boleh dikatakan sangat mirip dengan model terdahulu.

Bagi yang berminat, set fon telinga ini boleh dijual pada harga RM229. Ia bagaimanapun boleh dimiliki pada harga lebih rendah iaitu RM169 bersempena dengan pengenalannya hari ini. Promosi ini ditawarkan secara eksklusif menerusi kedai atas talian rasmi Realme di Shopee dan Lazada. Tetapi, ia hanya terhad di antara tarikh 25 – 27 Mac 2022. Ini adalah berdasarkan sementara stok masih ada.

Untuk spesifikasi, Realme Buds Air 3 lengkap dengan sepasang pemandu audio bersaiz 10mm bersama dua mikrofon terbina. Sistem pembatalan aktif yang disertakan mampu mengurangkan hingar sehingga 42dB. Bagi memudahkan perbualan, mod transparensi juga boleh diaktifkan oleh pengguna.

Menurut Realme, fon telinga boleh bertahan sehingga 30 jam lamanya dengan bantuan pod pengecas. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengecasan semula menggunakan port USB-C, melepasi piawaian IPX5, tambatan pantas menerusi bluetooth 5.2 dan sebagainya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.