NASA Kini Mencari Rekaan Sistem Pendaratan Kedua Untuk Misi Ke Bulan
Sebelum ini NASA telah menganugerahkan SpaceX kontrak untuk menghasilkan sistem pendaratan ke permukaan bulan Misis Artemis. Pemilihan SpaceX menerima tentangan dari Blue Origin sehingga menyebabkan berlaku kelewatan. Tetapi kini selepas saman Blue Origin ditolak, NASA kini membuka pula peluang kepada syarikat lain untuk menghasilkan sistem pendaratan alternatif kepada SpaceX.
Menurut NASA persaingan adalah penting bagi memastikan kejayaan misi ke bulan dan seterusnya. Oleh itu kewujudan sistem kedua akan memastikan jika sistem SpaceX gagal memenuhi keperluan misi, sistem kedua bersedia untuk mengambil alih tanpa misi tertangguh untuk tempoh lebih masa.
Kerana rekaan terbuka kepada mana-mana syarikat yang berminat, Blue Origin dan Dynetics yang gagal dalam percubaan pertama kini boleh mencuba sekali lagi. Misi Artemis berharap wanita pertama akan dapat mendapat di permukaan bulan menjelang 2025. Ia akan menjadi batu loncatan untuk membina pangkalan di permukaan bulan yang bakal menjadi tapak pelancaran misi menjelajah ke Marikh pula.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment