Akaun Twitter Milik CEO Twitter, Jack Dorsey Digodam
Akhir-akhir ini, akaun perkhidmatan sosial milik beberapa eksekutif perkhidmatan internet menjadi sasaran pengodam, dan beberapa akaun milik individu popular telah pun menjadi mangsa. Terkini, salah satu akaun sosial terbaru yang digodam adalah akaun Twitter milik CEO Twitter sendiri, iaitu Jack Dorsey.
Godaman ini dilakukan oleh OurMine, yang sebelum ini turut telah mengodam akan sosial milik Mark Zuckerberg dan juga akaun Quora milik Sundar Pichai.
Walaubagaimanapun, akaun Jack Dorsey kini telah pun kembali seperti biasa dan Tweet yang dihantar ketika ia digodam telah pun dipadamkan.
Bagi anda yang menggunakan sebarang perkhidmatan sosial, anda sering dinasihatkan untuk mengaktifkan sokongan pengesahan dwi-faktor – selain turut nyah-aktifkan sebarang sokongan untuk aplikasi dan perkhidmatan yang tidak digunakan yang mempunyai akses kepada akaun sosial anda.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29vqDYj
Post a Comment