Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis London Bakal Menggunakan Dron Untuk Menentang Jenayah Ragut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis London Bakal Menggunakan Dron Untuk Menentang Jenayah Ragut

Di Amerika robot digunakan untuk membunuh suspek di Dallas. Di London dron mungkin akan digunakan untuk menentang jenayah ragut yang semakin berleluasa. Penjenayah di London kita turut menyedari mereka lebih mudah melarikan diri dari polis sekiranya menggunakan motor. Kesesakan lalu lintas dan lorong kecil di sekitar London menyukarkan pihak polis untuk mengejar suspek. Dron mungkin digunakan sebagai mata polis di angkasa dan mengejar penjenayah tanpa disedari mereka.

Ragut

Antara perancangan pihak Polis Metropolitan London ialah meletakkan dron di kawasan berjenayah ragut tinggi. Pemantauan dilakukan sepanjang masa dan apabila jenayah dikesan suspek diekori tanpa perlu risau mereka dapat melarikan diri. Masalah yang dihadapi sekarang ialah dron sedia ada tidak mampu terbang dengan lama sebelum kehabisan bateri. Masalah kedua ialah undang-undang sedia ada menyukarkan penggunaan dron di kawasan awam.

Di Malaysia pihak PDRM sudahpun mengesahkan mereka akan menggunakan dron untuk pemantauan kawasan berjenayah tinggi dan ketika demonstrasi jalanan. Kita boleh berbangga polis kita lebih maju dalam penggunaan teknologi dron untuk memastikan Malaysia terus aman dan makmur.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29ELs4D

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.