Waze Untuk Windows Phone Tidak Dikemaskini Kerana Kurang Pengguna
Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang popular pada peranti mudah-alih. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai fungsi baru telah hadir termasuk kemaskini antaramuka – tetapi dilihat pihak Waze lebih menumpukan kemaskini untuk pengguna pada platform Android dan iOS.
Perkara ini membuatkan pengguna Windows Phone tertanya-tanya mengenai kemaskini untuk peranti mereka, dan menjawab mengenainya – Waze mengatakan mereka tiada perancangan untuk mengemaskini aplikasi Waze untuk Windows Phone buat masa ini kerana angka penggunanya yang sedikit.
Dengan peratusan peranti Windows Phone yang terjual yang sangat sedikit, ramai pembangun aplikasi yang tidak ingin menghabiskan sumber dan wang untuk menyediakan pembangun untuk platform berkenaan. Waze dilihat melakukan perkara sama untuk aplikasi mereka.
Walaupun tiada kemaskini baru untuk masa ini, aplikasi Waze masih boleh digunakan seperti biasa pada peranti Windows Phone – tetapi beberapa fungsi baru tidak dapat dinikmati lagi padanya.
Bercakap mengenai aplikasi navigasi dan pemetaan, sebelum ini HERE Maps turut telah menamatkan sokongan untuk platform Windows Phone – dan mengalakkan pengguna menggunakan aplikasi Maps yang hadir terbina.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29E96hH
Post a Comment