Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Nelayan iPhone” Ditahan Kerana Menyeludup 370 iPhone 6 Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Nelayan iPhone” Ditahan Kerana Menyeludup 370 iPhone 6 Di China

China ialah negara dengan jumlah pengeluar peranti Android terbesar di dunia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini berpuluh jenama baru muncul dari Tanah Besar dan mendapat sambutan luar biasa kerana harga jualan yang mampu milik. Tiga daripada lima pengeluar peranti terbesar di dunia kini berasal dari China. Sungguhpun begitu ada iPhone masih lagi peranti yang masih menjadi idaman pengguna di China.

iphone Seludup China 2Pelbagai teknik digunakan untuk menyeludup iPhone dari Hong Kong ke China. Ini adalah kerana harga jualan iPhone yang jauh lebih murah di Hong Kong kerana sistem percukaian yang berbeza. Sebuah iPhone 6S 64 GB di Hong Kong dijual pada harga sekitar $820 manakala di China ia dijual pada harga sekitar $910.

Di Shenzen seorang nelayan ditahan oleh pihak berkuasa kerana tingkah laku beliau yang ganjil. Apabila ditahan pihak kastam menemui  370 iPhone 6 dan 6 Plus yang diseludup di dalam ruang simpanan ikan. Nilai barang seludup mencecah RMB 2 Juta (~RM 1.2 Juta). Apabila disoal siasat “nelayan iPhone” yang ditahan mengaku dibayar RMB 1000 (~RM 597) oleh pihak tertentu untuk menyeludup peranti secara haram.

Setiap hari ratusan iPhone diseludup ke China menggunakan pelbagai teknik penyeludupan kreatif. Ada yang ditampal pada tubuh seperti baju zirah pahlawan purba China. Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti terpakai satu generasi kebelakang seperti iPhone 6 masih mendapat sambutan hangat di China. Ramai sanggup bergadai asalkan nampak bergaya. Malahan sudah ada kes sanggup menjual ginjal semata-mata untuk sebuah epal elektronik.

iphone Seludup China 1






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29BWh77

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.