Hi! Welcome Back and Stay Tune! Robot Digunakan Untuk Membunuh Suspek Penembak Polis Di Dallas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Robot Digunakan Untuk Membunuh Suspek Penembak Polis Di Dallas

Sebagai peminat genre fiksyen sains kami cukup arif dengan Tiga Undang-Undang Robot yang dihasilkan oleh Isaac Asimov. Undang-undang pertama menegaskan robot tidak boleh mencederakan manusia ataupun membiarkan manusia mencederakan diri sendiri. Undang-undang kedua mengarahkan robot mendengar arahan manusia asalkan tidak melanggar undang-undang pertama. Akhir sekali robot harus mempertahankan diri sendiri asalkan tidak melanggar dua undang-undang pertama. Di Dallas sebuah robot telahpun melanggar dua undang-undang pertama kerana membunuh seorang penjenayah.

Robot-Dallas-MembunuhMicah Xavier Johnson ialah salah seorang suspek yang dipercayai terlibat di dalam insiden menembak 12 orang anggota polis di Dallas semalam. Lima orang anggota polis meninggal dunia sementara tujuh lagi dilaporkan cedera. Sebuah robot digunakan untuk menghantar bom kecil ke kereta yang dinaiki Micah sebelum ia diletupkan. Letupan digunakan setelah Micah enggan menyerah diri dan terus menembak ke arah polis yang cuba menahannya. Ini ialah insiden pertama robot digunakan untuk membunuh manusia di Amerika Syarikat.

Ironi di sini ialah sebuah robot polis yang biasanya digunakan untuk aktiviti meletupkan bom digunakan untuk meletakkan bom dan membunuh. Taktik menggunakan robot kawalan jauh untuk membunuh bukanlah perkara baru. Ia dipelopori di Iraq oleh tentera Amerika Syarikat bagi meletupkan musuh yang menyorok.

Penggunaan robot untuk membunuh suspek ini menimbulkan perdebatan baru tentang penggunaan teknologi baru bagi menentang jenayah. Pihak polis Amerika Syarikat kini dikritik kerana menembak suspek berkulit hitam secara sesuka hati. Adakah di masa hadapan akan wujud pula kes suspek berkulit hitam terkorban kerana penggunaan robot pula di masa hadapan?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29W8x1y

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.