Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buffer Membolehkan Anda Menjadualkan Perkongsian Gambar Dari Komputer Ke Instagram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buffer Membolehkan Anda Menjadualkan Perkongsian Gambar Dari Komputer Ke Instagram

Buffer merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan perkongsian dan pengurusan laman sosial anda. Hari ini, mereka telah menambah sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai Instagram Reminders. Melaluinya, salah satu fungsi menarik yang dibawakan adalah kebolehan menjadualkan perkongsian gambar dari komputer terus ke Instagram.

Menggunakan Buffer, anda terlebih dahulu akan diminta untuk menghubungkan akaun Instagram anda – dan pada masa yang sama memerlukan aplikasi Buffer turut terpasang pada telefon pintar Android atau iOS anda. Peranti yang mana mempunyai aplikasi Buffer tersebut turut perlu mempunyai aplikasi Instagram terpasang.

Sebaik sahaja selesai menghubungkan akaun Buffer anda, pengguna kemudian boleh membuat perkongsian gambar dari komputer terus ke Instagram. Di Buffer, pengguna hanya perlu memilih perkongsian baru, dan memilih gambar yang ingin dimuat-naik ke Instagram. Seterusnya, anda boleh menjadualkan bilakah peringatan perkongsian ini perlu dilakukan. Fungsi peringatan ini sangat berguna sekiranya anda mempunyai sejumlah gambar yang ingin dikongsikan, dan ingin menyediakan sedikit sela masa antara setiap perkongsian.

Buffer Instagram

Selesai sahaja membuatnya, pengguna kemudian akan menerima notifikasi daripada aplikasi Buffer di telefon pintar untuk membuat perkongsian ke Instagram. Menekan notifikasi berkenaan akan membolehkan anda berkongsi terus gambar yang dipilih pada komputer sebentar tadi terus ke akaun Instagram.

Buffer Instagram

Salah satu kekurangan buat masa ini adalah ia tidak automatik seperti perkongsian sosial lain yang disokong oleh Buffer, tetapi memerlukan sedikit langkah manual. Pengguna juga perlu menaip kembali teks yang ingin dikongsikan pada aplikasi Instagram sebelum dikongsikan.

Namun, ini mungkin salah satu kaedah mudah untuk anda menghantar sesuatu gambar dari komputer ke peranti mudah-alih – disamping membuat peringatan berkenaan bilakah anda perlu membuat perkongsian gambar ke Instagram.

Bagi anda yang meminati perkara ini, boleh menguji dan menggunakannya melalui Buffer – Instagram Reminder.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29BMT2O

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.