Pengguna China Memusnahkan iPhone Tanda Protes Keputusan Mahkamah Hague Mengenai Laut China Selatan
Antara berita paling penting semalam ialah keputusan Mahkamah Tribunal Antarabangsa di The Hague yang menolak tuntutan China ke atas Laut China Selatan. China merasakan mereka mempunyai hak ke atas perairan yang turut dituntut Taiwan,Vietnam,Malaysia, Brunei,Indonesia dan Filipina. Mereka menggunakan alasan sejarah dan nama laut itu sendiri untuk menguatkan tuntutan mereka. Mahkamah walaubagaimanapun tidak bersetuju dan memberikan hak tuntutan kepada Filipina.
Sebagai tanpa protes terhadap keputusan ini, pengguna iPhone di China memusnahkan peranti milik mereka. Gambar iPhone dengan skrin retak serta dilipat mula muncul di media sosial China. Pada waktu yang sama mereka menggesa warga China untuk memboikot produk Amerika Syarikat. Tuntutan Filipina menerima sokongan kuat dari Amerika Syarikat dan inilah menjadi sumber kemarahan mereka.
China enggan menerima keputusan Mahkamah Tribunal Antarabangsa kerana dituduh berat sebelah serta tunduk kepada kuasa besar Barat. Keputusan ini pastinya meningkatkan lagi ketegangan di Laut China Selatan. Tentera Laut Republik Indonesia melepaskan beberapa tembakan terhadap bot nelayan China yang menceroboh perairan Pulau Natuna pada bulan Jun. Dua hari yang lalu pula bot nelayan Vietnam karam selepas dirempuh kapal pengawal pantai milik China. China semakin berani meluaskan kuasa mereka selaras dengan kemajuan teknologi ketenteraan yang dimiliki. Persoalannya adakah mereka adakah mereka akan mengulangi kesilapan yang dilakukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29MrBSj
Post a Comment