Microsoft Memperkenalkan Skype Untuk Linux Alpha, Dan Sokongan Untuk Chromebook
Microsoft hari ini secara rasminya telah mengumumkan perisian baru Skype untuk Linux, yang hadir dalam bentuk alfa. Perisian baru untuk Linux ini dibangunkan semula dan berbeza dengan versi sebelum ini yang tidak dikemaskini untuk beberapa tahun.
Skype untuk Linux ini masih pada peringkat awal pembangunan. Tetapi ia membawakan kemaskini rekaan, selain berfungsi dengan lebih pantas – dan pada masa yang sama lebih responsif berbanding sebelumnya. Pengguna juga boleh berkongsi gambar, fail dan video dengan mudah melalui Skype untuk Linux baru ini. Sokongan panggilan juga turut disediakan pada versi baru ini – membolehkan anda membuat panggilan dengan mudah kepada pengguna di Windows, Mac, iOS dan juga Android.
Disamping pengenalan versi Linux, pihak Microsoft turut mengumumkan sokongan untuk Chromebook dan Chrome untuk Linux. Melaluinya, pengguna hanya perlu melayar web.skype.com, dan menggunakannya dalam membuat panggilan ataupn menghantar teks.
Bagi anda yang menggunakan platform Linux, anda boleh menguji versi alfa perisian ini dan menggunakannya dalam kekal berhubung dengan rakan-rakan lain.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2a9dAfh
Post a Comment