Samsung Galaxy Note 7 Akan Dilancarkan 2 Ogos Ini
Penantian untuk iterasi terkini Galaxy Note akan berakhir 2 Ogos hadapan. Samsung mengesahkan phablet ini akan dilancarkan di New York pada acara Samsung Unpacked 2016 New York. Rahsia mengenai rekaan dan spesifikasi Note 7 telah lama tertiris. Buat pertama kalinya Samsung melompat satu nombor dalam penamaan peranti. Note 7 Juga adalah phablet pertama mereka dengan skrin dwi-lengkung.
Spesifikasi lain yang diketahui ialah skrin 5.7″ SAMOLED QHD, sistem imbasan anak mata dan stylus yang dipertingkatkan. Dari segi kemampuan optik ia dipercayai akan menggunakan kamera yang sama seperti yang digunakan pada Galaxy S7 yang merupakan antara kamera terbaik pada peranti pintar sekarang. Segala spekulasi mengenai spesifikasi penuh Note 7 akhirnya akan terjawab kurang sebulan dari sekarang.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29vDOrF
Post a Comment