Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penggodam Gambar iCloud Peribadi Selebriti Hollywood Mengaku Bersalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penggodam Gambar iCloud Peribadi Selebriti Hollywood Mengaku Bersalah

Dua tahun yang lalu ratusan gambar serta video milik selebriti popular barat tertiris ke arena web. Kerentanan iCloud pada awalnya dipersalahkan tetapi akhirnya pihak FBI menemui bukti ia dilakukan oleh dua orang penggodam. Penggunaan kata laluan yang lemah oleh mangsa dieksploitasikan oleh Edward Majerczyk dan Ryan Collins untuk mencuri gambar peribadi mempamerkan aurat melampau selebriti seperti Jennifer Lawrence, Mary Elizabeth Winstead dan Kristen Dunst.

Icloud-godamEdward Majerczyk mengaku bersalah di dalam mahkamah Los Angeles semalam kerana menggodam akaun-akaun selebriti di atas. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana melanggar Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer. Ryan Collins mengaku bersalah Mac lalu dan hanya dijatuhkan hukuman penjara 18 bukan atas kesalahan yang sama.

Walaubagaimanapun kedua-dua penggodam ini tidak didapati bersalah menyebarkan gambar-gambar yang dicuri ke arena web. Suspek masih belum dapat dikesan kerana ia pertama kali ditiriskan menerusi laman 4Chan yang dipenuhi pengguna yang menyorok di belakang akuan anonymous.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29uyc2u

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.