Xiaomi Akan Menghasilkan Peranti Lebih Premium Dan Mahal Tahun Ini
Ayat “peranti mampu milik” amat sinonim dengan jenama Xiaomi. Kewujudan mereka di arena pengeluaran peranti mengubah persepsi pengguna bahawa peranti yang murah tidak semestinya berspesifikasi rendah dan tidak berkualiti. Di dalam zaman ekonomi yang kurang stabil dan pengguna mencari nilai paling baik dengan wang yang dibelanjakan tidak melampau Xiaomi dinobatkan sebagai raja peranti mampu milik.
Namun pengumuman yang dilakukan oleh pengasas Xiaomi Liwan Jiang semalam mengundang pelbagai persoalan. Beliau mengesahkan Xiaomi akan menghasilkan peranti yang dijual pada harga mahal tahun ini. Harga yang disasarkan ialah sekitar RMB 4000 (~RM 2400) sebuah. Peranti ini walaupun mahal masih lagi akan masih cuba memberikan nilai yang terbaik jika dibandingkan dengan pesaing. Spekulasi mengatakan ini mungkin Xiaomi Mi Note 2 dengan skrin dwi-lengkung yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Samsung dilaporkan menjual panel skrin dwi-lengkung kepada Xiaomi, Huawei dan Vivo Mac lalu.
Sebagai pengguna adakah peranti lebih premium pada harga kurang mampu milik ini sebuah strategi yang baik? Kami melihat ini sebagai langkah pertama mereka untuk merubah imej sebagai pengeluar peranti murah dan mahu dilihat setanding dengan jenama Samsung dan Apple.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29eD1Pr
Post a Comment