Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahap Radiasi Lautan Pasifik Hampir Kembali Normal Lima Tahun Selepas Tragedi Fukushima - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahap Radiasi Lautan Pasifik Hampir Kembali Normal Lima Tahun Selepas Tragedi Fukushima

Fakta ini mungkin kurang diketahui umum tetapi pasca kebocoran radiasi loji tenaga nuklear Fukushima mengakibatkan tahap radiasi Lautan Pasifik meningkat.  Sejurus selepas kebocoran dikesan, 50% ikan di kawasan persekitaran Fukushima didapati tidak selamat untuk dimakan. Selepas lima tahun berita baik mula didengari kerana tahap radiasi kini hampir kembali ke tahap normal.

Fukushima radiasiHanya 1% ikan yang ditangkap didapati mempunyai tahap radiasi berbahaya. Sungguhpun tragedi berlaku di Jepun, tahap radiasi berbahaya dikesan di perairan barat Amerika Syarikat. Kebocoran masih berlaku di Fukushima kerana sistem menahan kontaminasi yang digunakan tidak efektif 100%. Kesan jangka panjang radiasi akan berterusan selagi sistem baru tidak digunakan.

Di Chernobyl tahap radiasi beberapa kawasan berdekatan loji masih di tahap bahaya walaupun ia berlaku tiga dekad yang lalu. Sebuah keranda besi baru sedang dibina dan dipasang menjelang 2018 bagi menggantikan keranda konkrit yang digunakan sekarang. Keranda baru ini kemudian perlu diganti setiap 100 tahun sehinggalah 20 000 tahun akan datang apabila tahap radiasinya turut ke tahap yang selamat untuk kehidupan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29JOdjM

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.