Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fahami aspirasi rakyat Sarawak dalam isu Petronas – Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fahami aspirasi rakyat Sarawak dalam isu Petronas – Najib

BINTULU: Di sebalik kekusutan harga minyak dunia, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam berkata, beliau komited untuk melihat syarikat minyak dan gas negara, Petronas untuk terus menjadi organisasi yang berjaya, menjadi “ikon negara” serta “pemain utama” di peringkat global.

Sejak Petronas mula ditubuhkan katanya, pelbagai situasi sukar sudah berjaya dihadapinya.

“Petronas bukan sekadar syarikat minyak atau ‘angsa emas’, ia menelurkan ‘telur emas’ untuk negara kita,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia Kakitangan Petronas dengan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak di Dewan Suarah Bintulu dekat sini, semalam.

Lebih seribu kakitangan syarikat itu hadir pada majlis tersebut.

Sebagai seorang bekas eksekutif syarikat itu, beliau bangga kerana Petronas merupakan satu-satunya syarikat minyak dan gas di dunia yang telah mengalami transformasi hebat hingga muncul sebagai syarikat multinasional gergasi, dan yang hasilnya memberi sumbangan besar kepada kemajuan negara.

“Saya juga berbangga kerana Petronas kini beroperasi di lebih 30 negara di seluruh dunia, termasuk di lokasi terpencil di Laut Caspian, Turkmenistan, selain muncul sebagai ‘ikon negara’ dan salah sebuah syarikat ‘Fortune 500’.

Sehubungan itu katanya, beliau mahu Petronas dijaga dengan baik.

“Kita mahu pastikan Petronas berjaya. Dan sebagai Perdana Menteri, saya mahu pastikan Petronas menjadi sebuah organisasi yang berjaya,” jelasnya.

Mengulas kontoversi terkini yang melibatkan syarikat itu dan Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini, Najib mengingatkan Petronas tentang komitmen syarikat itu, di mana juga ia beroperasi.

“Ini juga termasuk di Sarawak. Kita perlu memahami aspirasi rakyat Sarawak.

“Dan kerana itulah saya mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak dan Presiden Petronas baru-baru ini supaya hubungan tiga pihak ini iaitu Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Petronas dapat diharmonikan.

“Ia untuk memastikan Petronas terus berjaya sebagai ikon utama negara dan membangun sebagai syarikat gergasi minyak dan gas selain pada masa yang sama menguntungkan rakyat Sarawak,” katanya.

Kata Najib, semua pihak perlu bergerak secara harmoni dalam konteks ini untuk menjamin kejayaan bersama.

“Jika Kerajaan Pusat berjaya, Sarawak berjaya. Jika Sarawak berjaya, kami juga berjaya. Dan jika kedua-dua kami berjaya, Petronas juga akan berjaya. Inilah semangat kebersamaan kerana kita akan lebih kuat dan hebat bila bersama,” tegasnya.

Jelasnya, memang wujud perbezaan pandangan namun ia boleh diraikan dengan perbincangan. Dan hasil perbincangan itu akan mengukuhkan keputusan yang diperoleh untuk maju ke hadapan.

“Sebab itulah kita akan memberi tempat (peluang pekerjaan) lebih kepada orang Sarawak, tetapi kita juga mesti melihat asas merit juga.

“Kita tidak akan menjadi terlalu parokial, sebab kita bukan hanya mahukan kedudukan (kakitangan) di Sarawak, tetapi kita juga mahukan kakitangan Sarawak ini berjaya di Kuala Lumpur dan di luar negara.

“Jika anda memiliki keupayaan, anda akan dinaikkan pangkat. Dan saya mahu lihat lebih ramai anak Sarawak mengisi jawatan tinggi berdasarkan merit dan keupayaan,” tegasnya.

Katanya, semua pihak perlu melihat gambaran yang lebih besar dan tidak terbawa-bawa dengan sentimen kenegerian.

“Gambaran yang besar ialah kita perlu berjaya di peringkat anarabangsa.

“Kita tidak mau Petronas hanya berjaya di peringkat domestik. Hanya berjaya di Sarawak.

“Kita mahu Petronas berjaya di paras tertinggi. Pentas antarabangsa adalah milik anda untuk menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500.

“Petronas mesti maju ke hadapan dan ia adalah visi kita, harapan kita untuk Petronas,” tegasnya lagi.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Pada majlis tersebut, Najib turut berkongsi kenangan sebagai eksekutif muda yang menyertai ‘pasukan awal’ Petronas dan menyifatkan pencapaian syarikat itu hari ini sama sekali berbeza berbanding eranya dulu.

Pada majlis tersebut, beliau turut meminta rakyat agar memahami ‘situasi sukar’ syarikat itu berikutan penurunan harga minyak dunia.

“Harga minyak pernah mencecah AS$110 per tong, namun sekarang menyusut kepada AS$46 per tong. Keadaan sekarang lebih mencabar sebelum ini.

“Sebagai Menteri Kewangan, saya tahu setiap penurunan (kadar matawang) AS$1, kita akan mengalami kerugian pendapatan mencecah RM450 juta.

“Ini tentunya memberi kesan kepada Petronas. Malah, pendapatan negara juga merosot.

Rakyat perlu memahami situasi ini dan bersatu dalam memperkukuhkan kedudukan Petronas, katanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.