Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video doa syahdu Haron Din di pintu rumah sebelum berangkat ke Amerika - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video doa syahdu Haron Din di pintu rumah sebelum berangkat ke Amerika

KUALA LUMPUR: Allahyarham Datuk Dr Haron Din, 76,  bersama-sama ahli keluarga dan rakannya telah berdoa di pintu rumahnya di Bangi sebelum berangkat ke Amerika Syarikat pada 10 September lalu.

Video berkenaan menggambarkan detik-detik terakhir sebelum beliau berangkat untuk kali terakhir dari rumahnya beberapa hari lalu.

Video yang dimuat naik dalam Youtube setakat ini mencecah hampir 900 tontonan.

Doa tersebut dibaca sebelum beliau bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kelihatan dalam video itu beberapa orang sedang menadah tangan berdoa  akan keselamatan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Tadahan tangan Allahyarham semakin tinggi ketika doa menghampiri kemuncaknya.

Video sepanjang 2 minit 50 saat itu pada pertengahannya memperlihatkan mereka yang berdoa kedengaran semakin sebak mengharapkan beliau selamat kembali selepas menjalani perubatan  berhubung masalah jantung yang dihidapinya di Hospital Stanford University, Amerika Syarikat.

Mursyidul Am PAS itu meninggalkan amanat kepada ahli keluarga serta sahabat beliau supaya dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan beliau meninggal dunia di negara itu.

Jenazah tokoh agama itu disemadikan di California pagi tadi waktu Malaysia.

“Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan,” kata Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli sebagaimana dipetik media. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.