Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas Diugut Bunuh VIP, Rumah Remy Ishak Diserbu Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas Diugut Bunuh VIP, Rumah Remy Ishak Diserbu Polis

Lepas Diugut Bunuh VIP, Rumah Remy Ishak Diserbu Polis

ri

Pelakon popular, Remy Ishak memberitahu rumahnya di Serdang telah diserbu oleh pihak polis sekitar jam 1 pagi tadi setelah me­nerima aduan daripada orang ramai bahawa terdapat kegiatan dadah.

Bagi Remy, dia mempercayai kes berkenaan ada kaitan engan kes ugutan bunuh yang diterimanya sebelum ini dan dirinya telah dianiaya oleh individu berstatus VIP yang sama.

Bagaimanapun, Remy yang ketika ini berada di luar kawasan terkilan apabila pihak berkuasa menyer­bu rumahnya tanpa mem­perkenalkan diri sehingga memaksa dia sendiri bercakap de­ngan polis menerusi telefon untuk mendapatkan kepastian.

Kini, keselamtan Remy dan keluarganya dalam keadaan cukup trauma dan panik setelah keselamatan mereka sekeluarga terganggu oleh individu VIP berkenaan gara-gara tidak mahu keluar dan berjumpa dengannya.

Ini komen Remy:

“Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya baru-baru ini. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ?

“Pihak polis juga sedia maklum, keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera,” 

“Polis serbu rumah walaupun saya tiada di sana. Lepas ugut bunuh, sekarang dia aniaya pula,”

“Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga telah menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini berada di tahap yang membimbangkan,”

Kini Remy Ishak sentiasa berhati-hati dan terpaksa merahsiakan lokasi dia berada kerana bimbang dengan keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminuddin Megat Alias mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu serbuan ke atas rumah itu adalah berdasarkan maklumat awam.

Ujarnya, pihak polis me­nerima maklumat bahawa terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah di rumah tersebut.

Satu serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sebagai respon kepada maklumat berkenaan. -PENMERAHDOTCOM

The post Lepas Diugut Bunuh VIP, Rumah Remy Ishak Diserbu Polis appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.