Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Sebab Pelan Pascabayar Hero Dari U Mobile Lebih Baik Dari Digi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Sebab Pelan Pascabayar Hero Dari U Mobile Lebih Baik Dari Digi

Baru-baru ini terdapat kemaskini terhadap pelan pascabayar yang telah diumumkan oleh Digi. Mungkin sekali pandang nampak murah dan berbaloi, namun sebenarnya U Mobile menerusi pelan Pascabayar Hero menawarkan lebih nilai buat wang yang dilaburkan setiap bulan.

Berikut merupakan sebab-musabab kenapa anda perlu memilih pelan pascabayar Hero berbanding Digi.

Kuota Data Yang Lebih Banyak

Sekali pandang, penawaran data dari Digi sebanyak 20GB pada harga RM80 tampak lebih banyak berbanding pelan Hero P70 yang hanya menawarkan 15GB. Perbezaan RM10 tersebut melayakkan anda mendapat 5GB percuma. Namun tahukah anda kuota 20GB itu adalah terbahagi kepada penggunaan 10GB pada hari bekerja dan 10GB pada hari minggu? Malah terdapat sekatan dimana ia hanyalah menggunakan rangkaian 4G.

compare-u-digi-1

Perkara ini sekaligus menghadkan penggunaan anda dan anda pastinya terikat dengan sekatan sebegini. Dengan Hero P70, kuota 15GB tersebut boleh digunakan pada bila-bila masa dan dimana-mana kawasan. Jika difikirkan secara logik, waktu akhir minggu mungkin digunakan untuk bersiar-siar, atau melakukan sesuatu yang tidak menggunakan internet. Malah mungkin keluar dari kawasan 4G.

Dibawah faktor begini, lebih baik bayar RM70 meskipun kehilangan 5GB kerana anda dapat menggunakannya secara penuh.

Harga Lebih Mampu Dilanggan

combi-digi-umobile

Pelan pascabayar sememangnya merupakan satu komitmen bulanan dan pastinya anda tidak mahu berbelanja secara rambang diambang kesempitan. Jika dilihat dari penawaran syarikat telekomunikasi nan satu ini, pelan yang ditawarkan adalah lebih RM10-RM12 berbanding pelan-pelan dari U Mobile. Malah sekiranya anda ingin mencuba pelan pascabayar, U Mobile menawarkan pelan paling asas menerusi Hero U28 mahupun Hero P50.

Penstriman Percuma Menerusi Video-Onz

Apa gunanya banyak data namun kuota itu ditolak apabila menonton video mahupun melayari laman sosial? Apatah lagi penggunaan video semakin popular pada masa kini, dan melayari internet tanpa penggunaan video ibarat menikmati nasi lemak tanpa sambalnya.

Pelan pascabayar U Mobile menawarkan penstriman percuma menerusi Video-Onz. Bagi yang menggunakan pelan P70, kuota Video-Onz sebanyak 7GB akan diberikan dan ini sememangnya lebih bernilai berbanding pelan Digi 80 namun perlu membayar tambahan RM10. Bagi pelan U28 dan P50, kuota Video-Onz sebanyak 5GB diberikan. Bagi pelan P98 keatas menerusi Video-Onz, dimana video-video yang ditonton menerusi Facebook, YouTube, Netflix, iflix, dan bermacam lagi tidak menggunakan data langsung. Ini juga bermaksud anda boleh menonton keseluruhan musim rancangan popular tanpa perlu risau untuk menghabiskan kuota anda. Namun apa yang paling bagus adalah ianya percuma.

Ini agak berbeza apabila anda dihambat peringatan mengenai kuota data atau anda perlu membeli pas penggunaan RM 1 selama sejam ataupun RM 5 untuk penggunaan selama 24 jam. Sudah tentu ini bukan yang anda mahukan apabila anda sudahpun berbelanja untuk satu nilai yang besar bagi melanggan.

Pelan Perayauan Percuma Di 12 Destinasi

data-backpack

Jika anda kerap melancong atau kerap terbang atas urusan kerja, pastinya anda lebih sukakan tawaran perayauan yang ditawarkan syarikat telekomunikasi. Lebih-lebih lagi proses untuk menukar kad SIM adalah lebih renyah dan melecehkan. Dengan penggunaan pelan pascabayar dari pelan P70 keatas, pengguna dapat melakukan perayauan data di 12 destinasi, dan ini sememangnya lebih berbaloi berbanding perayauan sekadar di negara bersempadanan seperti Singapura.

Satu lagi kelebihan pelan perayauan Data Backpack adalah ia boleh digunakan selagi mana talian aktif. Ini berbeza dari Digi RoamBorder yang memerlukan anda hadir ke cawangan Digi yang berhampiran untuk mengaktifkannya, dan sekiranya anda baru sahaja menggunakan pelan tersebut kurang dari 6 bulan, anda perlu membawa bersama kad pengenalan beserta pasport. Bukankah ini sesuatu perkara yang tidak relevan kerana anda ingin bebas melancong dan proses sebegini akan melewatkan perjalanan anda.

Pelan Yang Lebih Membawakan Nilai Pulangan

U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi yang sentiasa mencabar dan cuba berada dihadapan pesaing-pesaing besar. Berikut merupakan perbandingan pelan pascabayar Hero dengan beberapa pelan dari syarikat telekomunikasi yang lain.

um-p1um-p2
um-p3




Jika melihat kepada sebab-musabab yang tersenarai diatas, sudah pastinya pelan pascabayar Hero ini tampak lebih berbaloi dan menawarkan lebih nilai bukan sahaja berbanding pesaing rapat, malah yang lain. Ia tepat seperti visi U Mobile yang pernah dikongsikan satu ketika dahulu pada tahun 2015, iaitu untuk sentiasa membawa penawaran yang relevan buat pengguna.

Penafian: Advertorial dari U Mobile






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eCjJ5h

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.