Hi! Welcome Back and Stay Tune! BlackBerry DTEK60 Diperkenalkan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BlackBerry DTEK60 Diperkenalkan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

BlackBerry hari ini hadir dengan sebuah lagi peranti yang dibangunkan oleh pengeluar lain, tetapi dijana dengan perisian daripada BlackBerry, iaitu BlackBerry DTEK60. Seperti beberapa peranti sebelum ini, ia dilengkapi dengan sistem operasi Android, tetapi beberapa fungsi dan aplikasi tambahan daripada BlackBerry.

Peranti bersaiz 5.5-inci ini dilengkapi dengan skrin QHD, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 21-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

BlackBerry DTEK60

BlackBerry turut menyertakan aplikasi seperti BlackBerry Hub, BlackBerry Calendar dan juga papan kekunci pintar mereka. Selain daripadanya, peranti ini turut menyertakan BlackBerry Convenince Key yang memberikan akses pantas kepada beberapa fungsi dan aplikasi. BlackBerry Convenince Key ini diletakkan pada bahagian tepi peranti dalam rekaan butang berbentuk bulat.

Disamping itu, peranti ini turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang untuk sekuriti tambahan.

Buat masa ini, BlackBerry DTEK60 hanya dipasarkan di beberapa buah negara sahaja – dan tidak mustahil untuk kita turut melihat ia ditawarkan di Malaysia dalam beberapa bulan lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fbUWIZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.