Hi! Welcome Back and Stay Tune! [VIDEO] Bawa Keluar Bini Orang Tanpa Pengetahuan Suami, Bila Dah Kantoi Acukan Pistol Pulak !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[VIDEO] Bawa Keluar Bini Orang Tanpa Pengetahuan Suami, Bila Dah Kantoi Acukan Pistol Pulak !!!

ALOR SETAR – Dua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan polis selepas terbabit dengan ugutan jenayah membabitkan penggunaan senjata api dalam pergaduhan Jumaat lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 33 dan 36 tahun itu ditahan sebaik saja mereka menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas, jam 9 malam.

Polis juga turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu, suspek disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30’an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari.

“Perkara itu akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang sebelum berlaku pertikaian dan pergaduhan di antara suspek dengan suami kepada wanita berkenaan.

“Seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arah suami,” katanya.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki berkenaan adalah kakitangan Bahagian Kawal Selia yang berkhidmat dengan sebuah syarikat GLC.

Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Kredit: Harian Metro

Video Kejadian:

The post [VIDEO] Bawa Keluar Bini Orang Tanpa Pengetahuan Suami, Bila Dah Kantoi Acukan Pistol Pulak !!! appeared first on RinganBerat.com.



Sumber RinganBerat.com http://ift.tt/2ek5DXr

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.