Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Beta Untuk Android Kini Turut Menyertakan Sokongan Panggilan Video - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Beta Untuk Android Kini Turut Menyertakan Sokongan Panggilan Video

WhatsApp hari ini telah mengemaskini aplikasi beta mereka untuk Android, dan bersama-sama dengannya, ia turut menyertakan salah satu fungsi baru dalam bentuk ujian, iaitu kebolehan panggilan video.

Kini, pengguna boleh membuat panggilan video kepada rakan-rakan WhatsApp yang lain dengan menekan pada butang profil mereka, dan memilik ikon panggilan video. Ia seterusnya akan dihubungkan terus kepada rakan anda, dan anda boleh bersembang dalam bentuk video – berbanding hanya panggilan suara sebelum ini.

WhatsApp Video

WhatsApp dilihat turut telah mengoptimasikan sokongan panggilan video bagi membolehkan ia digunakan pada sambungan rangkaian yang lemah.

Buat masa ini, untuk menggunakan fungsi panggilan video, kedua-dua pemanggil dan penerima perlu menggunakan versi WhatsApp Beta terkini untuk Android.

Kita mungkin melihat fungsi ini diperkenalkan secara meluas kepada semua dalam beberapa minggu lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2e6vFvJ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.