Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Fakta Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Rotavirus! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Fakta Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Rotavirus!

Masalah kanak-kanak diserang cirit-birit adalah perkara biasa. Tetapi awas kerana serangan cirit birit yang teruk mungkin petanda anak anda sebenarnya diserang jangkitan virus yang dikenali sebagai Rotavirus.

Roda+Rotavirus

Apa itu Rotavirus? Rotavirus mendapat namanya dari perkataan Latin rota yang bermaksud roda. Virus ini dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya seperti roda.

Virus ini boleh menyebabkan suhu demam yang tinggi, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak terbabit.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil, anda hendaklah memahami tentang Rotavirus supaya tindakan segera boleh diambil sekiranya anak diserang virus yang boleh membawa maut ini.

1. Siapa Yang Berisiko Mendapat Serangan Rotavirus?

Hampir setiap kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah mungkin pernah mengalami jangkitan virus ini dan lebih di kalangan usia tiga bulan hingga dua tahun. Jangkitan ini boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan sampel najis.

Ada lima jenis Rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak.

Biasanya, setiap kali selepas terkena jangkitan Rotavirus, kanak-kanak terbabit mendapat imuniti. Oleh itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan tersebut untuk kali kedua mengalami kesan yang kurang daripada jangkitan kali pertama.

2. Apakah Gejala Yang Akan Dihadapi Oleh Pesakit Yang Dijangkiti Rotavirus?

Gejala dehidrasi seperti letih, lesu, bibir dan lidah kering, tiada air mata ketika kanak-kanak menangis, cengkung kedua mata, ubun-ubun mencengkung ke dalam (pada bayi kecil) dan kekurangan air kencing.

3. Apa Kesan Serangan Rotavirus?

Masalah utama Rotavirus ini ialah, ia boleh menyebabkan pesakit mendapat penyahidratan (kehilangan cecair atau bendalir badan) atau dehidrasi yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti buah pinggang.

Jika penyahidratan ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut disebabkan komplikasi kegagalan buah pinggang.

4. Bagaimana Cara Penyebaran Rotavirus?

Cara penyebaran rotavirus adalah melalui feco oral iaitu virus merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain.

Sebagai contoh, ia berlaku jika seseorang menukar lampin bayi, terkena najis pada tangan dan tidak membasuh tangan lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.

Sekiranya kanak-kanak lain menyentuh peralatan atau permukaan tersebut dengan tangannya dan selepas itu tangannya di masukkan ke dalam mulut, virus tersebut tersebar kepada kanak kanak itu.

Ia boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar.

Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih.

5. Apakah Jenis Rawatan Yang Diperlukan Untuk Merawat Rotavirus?

Di Malaysia, jangkitan rotavirus adalah punca cirit-birit utama yang menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah (intravena).

Kira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus.

Tiada rawatan khusus untuk membunuh virus tersebut dan rawatan lebih penting dalam memastikan pesakit yang mengalami sakit ini adalah mempunyai kandungan air yang mencukupi dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi (kehilangan air dan garam galian yang teruk menerusi muntah dan cirit).

Untuk menpercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan Rotavirus, pastikan ibu bapa memberi anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin jika muntah.

Selain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman air garam (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi.

Sekiranya mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair melalui intravena.

6. Apakah Langkah Terbaik Mengelakkan Rotavirus?

Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak. Beberapa kaedah pengawalan adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) menyarankan pelalian imunisasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.

Di Malaysia, walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini masih boleh di dapati di klinik atau hospital swasta.

Vaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh diberi pada bayi seawal usia enam minggu. Terdapat dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua atau tiga dos.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing

Sumber: Majalahpama



Contributer : SentiasaPanas http://ift.tt/2dz4rhk

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.