Isteri wakil rakyat tidak diculik – Dev Kumar
KUCHING: Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar sebentar tadi menafikan kehilangan isteri seorang wakil rakyat di tengah Sarawak dikaitkan dengan kes culik.
“Tidak benar dia diculik. Kami percaya dia lambat balik ke rumah kerana pertikaian keluarga,” katanya dalam whatsapp kepada sarawakvoice.com sebentar tadi.
Dalam kejadian Khamis lalu, wanita itu dilaporkan hilang selepas gagal menghadirkan diri di Lapangan Terbang Mukah menggunakan pesawat Maswings pada tengah hari tersebut.
Suami mangsa menunggu sehingga jam 1.30 petang namun wanita itu tidak muncul dan cubaan menghubungi telefon bimbitnya juga gagal.
Dua laporan polis telah dibuat berhubung kes tersebut. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment