Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teka-teki punca pelajar Malaysia hilangkan diri di Paris terjawab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teka-teki punca pelajar Malaysia hilangkan diri di Paris terjawab

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai punca di sebalik tindakan pelajar Malaysia di Paris mengambil tindakan menghilangkan diri selama lima hari mulai Jumaat lepas terjawab apabila dia akhirnya kembali ke rumah sewa dan membuat pengakuan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di negara itu.

Nur Shakinah Naim, 19, mengakui bahawa dia berasa tertekan dan tidak lagi berminat untuk meneruskan pelajaran di Perancis.

“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini dan tidak berminat meneruskannya,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Nur Shakinah, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menuntut dalam bidang kejuruteraan di Institute University of Technology Rouen mengakui menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.

Memetik sumber, pelajar itu dikatakan memang tidak berminat belajar di Perancis tetapi telah bersetuju awalnya atas dorongan ibu bapanya.

Pelajar itu dikatakan mahu kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijangka tiba di Perancis esok atas tajaan Umno.

“Nur Sakinah mengaku menghilangkan diri dan keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,” kata sumber itu.

Setiba di kota berkenaan, dia pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.

Sepanjang kehilangannya, kata akhbar itu dia tinggal di kediaman Suraya yang memberi nasihat dan dorongan kepadanya. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.