Isteri ADUN Sarawak hilang sejak Khamis, dua laporan polis dibuat
KUCHING: Isteri kepada seorang wakil rakyat di tengah Sarawak dilaporkan hilang Khamis lalu, selepas gagal menghadirkan diri di Lapangan Terbang Mukah, pada tengah hari tersebut.
Menurut sumber polis, kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari, dengan isteri wakil rakyat tersebut sepatutnya menaiki pesawat Maswings dan mendarat di Lapangan Terbang Mukah.
“Bagaimanapun sehingga jam 1.30 petang, isteri wakil rakyat tersebut tidak muncul dan cubaan menghubungi telefon bimbitnya gagal.
Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya masalah keluarga menjadi punca insiden tersebut berlaku dan pihaknya percaya isteri wakil rakyat yang tinggal di Kuching itu dilarikan oleh orang yang dikenali.
Dua laporan polis telah dibuat berhubung kes tersebut.
Wakil rakyat terbabit gagal dihubungi untuk sebarang penjelasan lanjut. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment