Hi! Welcome Back and Stay Tune! Presiden Filipina samakan dirinya dengan Hitler - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Presiden Filipina samakan dirinya dengan Hitler

MANILA: Tidak ada yang bersedia untuk dicap atau dilabelkan sebagai Hitler, pemimpin zalim Nazi Jerman yang membunuh berjuta-juta orang.

Tetapi tidak demikian bagi Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang menerajui negara 100 juta jiwa ini sejak 31 Jun lalu.

Duterte, 71, senang hati dirinya disamakan dengan Hitler yang telah membunuh jutaan bangsa Yahudi.

Beliau mengakui terdapat tiga juta penagih di negara itu dan sejak melancarkan kempen menghapuskan kegiatan bobrok itu sekitar 4000 penagih dan pengedar dadah telah dibunuh oleh pihak berkuasa di sebalik tentangan daripada pejuang hak asasi manusia.

Sebanyak 700,000 orang pengedar dan penagih telah menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana bimbang ditembak mati atau disumbat dalam penjara.

“Jika Jerman ada Hitler, Filipina juga ada,” katanya mengaku kepada wartawan bahawa beliau sudah diberi gelaran sebagai sepupu jauh Hitler.

Beliau semakin ghairah dalam misinya untuk membersihkan negara itu daripada gejala dadah yang dianggapnya boleh menghancurkan Filipina jika tidak diambil tindakan drastik dan tegas.

Dalam kempen menuju sebagai presiden, Duterte berjanji kepada pengundi bahawa beliau mahu menghapuskan sindiket dadah dan rasuah sehingga menyebabkan penarafan popularitinya mencanak.

Duterte yang celopar dan tegas itu berikrar untuk terus memburu penjenayah dan pengedar dadah sebagai langkah untuk menyelamatkan generasi akan datang di negara itu. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.