Hi! Welcome Back and Stay Tune! Focus Untuk Chrome Membolehkan Anda Memfokuskan Kepada Kerja Dan Elak Membazir Masa Pada Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Focus Untuk Chrome Membolehkan Anda Memfokuskan Kepada Kerja Dan Elak Membazir Masa Pada Web

Terdapat beberapa pemalam dan perisian yang memudahkan anda memfokuskan kepada tugasan, dan menghalang pelayaran beberapa web untuk seketika. Dengan konsep serupa, tetapi dengan beberapa pilihan tambahan, kini sebuah pemalam ditawarkan untuk Chrome, dinamakan sebagai Focus.

Focus Chrome

Focus membolehkan anda menambah pelbagai senarai tugasan untuk disiapkan, dan anda boleh mengaktifkan untuk membuat tugasan berkenaan. Seterusnya, bagi mengelakkan anda terganggu daripada pelbagai web dan internet, pemalam ini boleh diaktifkan dan ia akan menghalang anda melayari sejumlah web yang sering mengambil masa anda yang lama.

Anda boleh menetapkan sejumlah web yang dianggap menganggu untuk anda ketika pemasangan pemalam ini, dan ia akan menghalangnya ketika anda cuba melayari web berkenaan dalam waktu anda sedang “Focus”.

Focus Chrome

Bagi kami, pemalam ini sedikit menarik kerana ketika menghalang paparan web berkenaan, ia memaparkan mesej berkaitan senarai tugasan yang perlu anda lakukan. Disamping itu, anda juga turut boleh melihat log kerja anda, dan waktu anda “Focus” melalui tab khusus untuknya.

Untuk anda yang menggunakan Google Chrome, mungkin boleh mencuba pemalam ini hari ini.

Muat-Turun Focus untuk Chrome






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dhYsj1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.