Hi! Welcome Back and Stay Tune! 9 Ciri-Ciri Wanita Yang Layak Terima Hantaran RM20,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

9 Ciri-Ciri Wanita Yang Layak Terima Hantaran RM20,000

Kalau mahu berbicara tentang isu hantaran, pasti boleh buat banyak pihak yang berderau. Isu ni isu panas kalau nak berkahwin. Lagi lagi kalau semua pihak campurtangan dengan cara yang salah. Ada yang kata tak payahlah, tak bolehlah dan pelbagai yang negatif.

Wahai saudara saudari sekalian, usahlah kita mengeruhkan keadaan dengan berbalah, mengarah dan melakukan perkara-perkara yang mampu mencetuskan persengketaan. Perkahwinan adalah suatu yang sangat mulia. Janganlah awal-awal lagi sudah bertempik-tempik gara-gara kerana jumlah hantaran dan sebagainya. Sangatlah buruk dan memalukan.

Wang hantaran sering menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat kita. Kalau anda nak tahu, wang hantaran ini merupakan duit belanja yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Maksud wang hantaran juga boleh berbeza mengikut negeri, adat, dan juga cara pemikiran.

Sesetengah negeri dan adat, wang hantaran boleh dikira sebagai belanja hangus ertinya jumlah wang hantaran itu akan digunakan untuk pembelanjaan perkahwinan dan majlis. Ada juga yang meminta wang hantaran berdasarkan taraf pendidikan anak mereka, status sosial dan lain-lain.

Ada juga yang tidak meminta wang hantaran, tetapi bakal suami hendak beri kerana dia mampu dan ikhlas. Ini jarang berlaku sebab pihak lelaki selalunya kalau dengar tidak perlu bagi wang hantaran pasti mereka lega. Ada golongan yang mampu tetapi berkira pun banyak juga. Terdapat banyak golongan apabila kita berbicara tentang kewangan. Di sini jugalah keikhlasan dan tanggungjawab itu diuji kepada pihak lelaki.

9-ciri-ciri-wanita-yang-layak-terima-hantaran-rm200001

Bila nak berkahwin dan menerima anak orang, usahlah menilai status, pendidikan, pekerjaan terlalu berat seolah-olah kita ini hakim duniawi yang tidak akan dihakimi di akhirat nanti. Bila tiada duit, tunggu masa yang sesuai untuk berkahwin. Usah terburu-buru kerana jodoh tidak akan ke mana kalau dia benar-benar milik kamu. Tetapi kalau sudah mampu dan pasti, berkahwinlah kalau itu yang melengkapkan kamu.

Ibu bapa yang meminta atau mencadangkan anak untuk berkahwin, sokonglah anak itu kerana anda yang mula memberikan idea, impian dan harapan kepada si anak. Janganlah sokong di awal jalan, di tengah jalan mula meragui dan membinasakan harapan anak. Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa menjadi satu. Sangat suci kalau kita melihatnya secara suci. Patah satu, punah lagi yang satu itu.

Adik beradik pula, bersatulah bersama adik atau abang anda yang bakal berkahwin. Usah masuk campur tentang isu sensitif kerana ia pasti menegeruhkan hubungan adik beradik. Isu kewangan bukan harus dicemuh atau dipersoalkan secara keterlaluan, sebaliknya sokongan padu dan keakraban itu yang patut menjadi panduan. Lagi-lagi pada masing-masing yang sudah berilmu dan berakal, janganlah merendah-rendahkan adik atau abang anda yang mahu berkahwin, takut nanti terkena pada diri sendiri di kemudian hari.

Jangan sesekali membandingkan jumlah wang hantaran dengan keluarga Bedah, Ali, Mahmud, Kiah, jiran tetangga, adik beradik sebelah mak, adik beradik sebelah bapa, wang hantaran bapa beri kepada mak dulu, kawan kakak, kawan abang, kawan adik, putera puteri atau artis. Golongan bangsawan, artis dan yang sewaktu dengannya walau wang hantaran mereka sedikit, mereka ada yang dihadiahkan rumah, kereta dan yang lain-lain dari kelas mewah sehinggalah elit. Ada juga golongan yang sengaja tidak menerima wang hantaran atau wang hantaran sedikit kerana takut orang mengata ataupun mahu orang berkata yang mereka lebih beragama.

9-ciri-ciri-wanita-yang-layak-terima-hantaran-rm200002

Manusia yang suka membanding-bandingkan adalah manusia yang tidak ikhlas dan tiada berkat dalam percakapan dan sifatnya. Sebagai contoh, kalau diberi RM 1000 untuk wang hantaran untuk belanja sikit sekalipun dengan sifat perbandingan, usahlah diharap kebaikan dengan insan yang memberi RM 100,000 iaitu dia mampu dan ikhlas memberinya tanpa sebarang perbandingan, rungutan dan pengharapan.

Kita di dunia ada golongan yang berada, sederhana, dan susah. Tidak boleh lari dari stratifikasi sosial ini sejak zaman Nabi-nabi lagi. Sebaiknya kalau kita hidup, ukurlah kain di baju sendiri. Namun ada juga golongan yang mempunyai lebihan kain melebihi golongan yang lain tetapi enggan membantu kerana sifat dan pemikiran yang negatif. Elaklah bersifat dan berfikiran sebegini, kelak binasa.

Ada juga yang menyentuh isu wang hantaran dengan keagamaan. Benar, bersederhanalah kamu dalam apa jua yang kamu lakukan. Namun, agama tidak pernah menghalang seseorang untuk memberi kalau dia mampu, ikhlas dan perlu. Janganlah kita membandingkan lagi pula dengan dara, janda dan sebagainya. Sifat ini perlu dielakkan.

Seandainya keluarga itu mampu menunaikan haji mahupun umrah berkali-kali tetapi merungut atas perbelanjaan perkahwinan anaknya, maka fikirlah tentang kebaikan yang sebenar. Apatah lagi kalau yang lain mampu dimiliki tetapi perkara yang afdal dan baik pula dicemuhi.

Sesungguhnya wang hantaran ini boleh digunakan dalam banyak perkara kepada yang merasakan ini adalah duit milik perempuan atau keluarga perempuan. Sekiranya pasangan yang bakal berkahwin itu memang ikhlas mencintai dan berkahwin atas kebaikan, pasti perbincangan wang hantaran itu bukan lagi ke atas perempuan itu atau keluarganya. Wang hantaran yang ada boleh digunakan untuk membeli barang perkahwinan, barang hantaran, barang masuk rumah, barang bilik, persiapan perkahwinan dan sekiranya ada lebih, itulah yang akan menjadi simpanan pasangan selepas berkahwin.

Kebanyakan majlis pernikahan dan perkahwinan diuruskan oleh keluarga untuk anak dan ada juga yang diuruskan oleh anak yang mahu berkahwin itu sendiri. Terpulang kepada individu samada mampu atau tidak tetapi kewangan itu bukan keutamaannya. Keutamaannya adalah sokongan padu kekeluargaan itu sendiri.

Terpulanglah kepada individu untuk memberi berapa wang hantaran. Namun, jangan sesekali membandingkan dengan individu yang lain atau masa lalu. Masa kini jauh berbeza dengan 10 atau 20 tahun yang lalu. 20 tahun dahulu wang hantaran mak RM1000 sahaja sebagai contoh, maka tidak ajaiblah kalau sekarang anak itu nak bagi mengikut kos masa kini. Ambil kira kadar inflasi 20 tahun lalu dengan masa kini. Rujuk ekonomi semasa dan The Rule of 72.

Bagi pihak perempuan, memang sudah menjadi angan-angan buat mereka untuk mendapatkan nilai hantaran yang tinggi daripada bakal suami mereka dan ada sesetengah-setengahnya daripada mereka yang sanggup untuk meminta wang hantaran setinggi RM20,000 untuk dijadikan belanja pada hari bahagia nanti.

Namun, untuk kaum adam, jumlah hantaran yang mencecah lima angka ini pastinya membebankan mereka terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan. Jadi mari kita lihat ciri-ciri wanita yang layak untuk menerima wang hantaran setinggi RM20,000 ini :

1. Solat 5 waktu tak pernah tinggal.
2. Menutup aurat.
3. Perangai baik.
4. Pandai mengaji dan hafal al-quran.
5. Tahu hukum hakam agama.
6. Hormat mak ayah.
7. Tak pernah couple.
8. Pandai memasak.
9. Tahu batas pergaulan.

Benda ni aku ada terbaca kat facebook..cuma yang aku rasa susah nak jumpa ialah nak cari perempuan yang tak pernah couple..kalau ada pun rasanya satu dalam sejuta :). Tapi beruntung la lelaki kalau dapat perempuan yang ada ciri-ciri kat atas tu. Lelaki pulak macam mana ye?

Sebagai keluarga yang baik dan harmoni, sokonglah usaha murni anak dan bantulah mana yang mampu dan boleh. Jangan kita kecilkan hati anak-anak kita di saat dia mahu berkahwin. Takut nanti makan diri. Usah kita rasakan yang kita ini ibu bapa, kita mesti suruh anak kita dengar cara kita tanpa mendengar pandangan dan rasionalnya dahulu. Jangan berburuk sangka. Jangan mendengar hasutan yang lain. Ibu bapa ini nadi anak. Kalau ibu bapa tidak berfungsi dengan baik, anak harus membetulkan mana yang mampu. Sekiranya tidak dapat diselamatkan, moga Allah yang menyembuhkannya.

Semoga bakal-bakal pengantin yang ingin mendirikan rumahtangga kuat menghadapi cabaran alam percintaan yang bakal disatukan dan selamat meneguhkan alam kekeluargaan dan percintaan kepada yang sudah berkahwin.

Artikel ini hanyalah sekadar nukilan berdasarkan pemerhatian dan kes-kes yang sedang berlangsung di luar sana. Bersama kita mengambil iktibar dan berusaha ke arah kebaikan.

 



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.