Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamal Akhirnya Ditangkap Sebentar Tadi di KLIA Dan Berasa Malu Disaksikan Ahli Keluarganya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamal Akhirnya Ditangkap Sebentar Tadi di KLIA Dan Berasa Malu Disaksikan Ahli Keluarganya

KEMASKINI Ketika berita ini ditulis… ramai yang tertanya-tanya apa sebab pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.

Apakah kerana ada kaitan dengan propaganda pembangkang yang menggunakan FB palsu mendakwa Jamal mahu mencetuskan semula 13 Mei?

Atau kaitan dengan laporan polis pemimpin Bersih Maria Chin Abdullah yang untuk rekod relaks ke sana ke mari walaupun merupakan penganjur perhimpunan haram.

Jamal tiba dari Dubai kira-kira jam 8.30 pagi sebelum ditahan pihak berkuasa.

Jamal ketika dihubungi berkata anggota polis telah bersiap sedia di KLIA ‘menjemput’nya di pesawat.

“Saya ‘dijemput’ dari dalam kapal terbang.

“Penahanan ini dilakukan di lapangan terbang, saya bukan nak melarikan diri. Selepas hantar keluarga balik saya boleh datang ke balai polis,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya beliau akur dengan tindakan pihak polis dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Jamal berkata, sebelum ini beliau telah memaklumkan bahawa beliau sendiri akan berhubung dengan pihak polis sebaik pulang ke Malaysia.

jamal1

“Mereka (polis) tak ada hubungi saya tapi saya ada maklumkan akan datang ke balai.

“Saya kesal kerana ditangkap di depan keluarga, anak-anak dan orang rumah saya. Setabah mana pun keluarga kita, mereka pasti akan tersentuh perasaan,” katanya yang berada di London selama seminggu atas urusan perniagaan.

Jamal berkata beliau masih belum pasti punca penahanannya.

Dari rakaman video yang dilihat Agendadaily lebih lebih tujuh orang polis tanpa uniform terlibat dengan penahanan tersebut.

“Saya tidak pasti mengapa saya ditahan tetapi saya fikir ia adalah kaitan dengan kumpulan Baju Merah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata penahanan Jamal mempunyai kaitan dengan insiden yang melibatkan sebuah kumpulan anti-Bersih di Teluk Intan dan Sabak Bernam.

Selanjutnya rakaman video boleh dilihat di SINI

Beliau mengesahkan bahawa Jamal telah ditahan oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu.

“Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan di Teluk Intan dan Sabak Bernam yang melibatkanpenyokong anti-Bersih.

“Kedua-dua kejadian berlaku semasa konvoi Bersih itu,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

-19/10/2016

Sumber

The post Jamal Akhirnya Ditangkap Sebentar Tadi di KLIA Dan Berasa Malu Disaksikan Ahli Keluarganya appeared first on RinganBerat.com.



Contributer : RinganBerat.com http://ift.tt/2erT8qD

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.