Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majoriti Pengguna Galaxy Note 7 Korea Selatan Memilih Untuk Berpindah Ke Galaxy S7 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majoriti Pengguna Galaxy Note 7 Korea Selatan Memilih Untuk Berpindah Ke Galaxy S7

Apple diramalkan akan menerima peningkatan jualan 8 Juta peranti iPhone 7 selepas penarikan semula Samsung Galaxy Note 7 dari pasaran. Tetapi menurut penganalisa Atlas Research & Consulting, majoriti pengguna phablet ini memilih untuk setia bersama Samsung dan memilih Galaxy S7 dan S7 Edge. Di Korea Selatan S7 menjadi peranti paling laku jualannya dari 6 sehingga 12 Oktober yang lalu. Secara purata sebanyak 15000 unit S7 terjual di Korea Selatan setiap hari.

Samsung-Galaxy-S7-Edge-IMG_20160321_141841

Ini adalah jualan yang tinggi bagi sebuah peranti yang sudah berusia enam bulan yang menerima saingan dari peranti lebih baru. Faktor kesetiaan kepada jenama dan iPhone 7 hanya akan mula dijual 21 Oktober di Korea Selatan menyumbang kepada kepopularan S7. Jualan peranti Samsung mungkin akan terkesan sebaik sahaja iPhone 7 dan 7 Plus terjual kelak.

Pada waktu yang sama, Waze 7 sebuah lagi firma penganalisa menjangka sehingga 30% mantan pengguna Note 7 akan melompat ke platform iOS. Selain iPhone 7, LG V20 juga dapat menangguk di air yang keruh atas nasib Note 7 kerana ia akan mula dijual bermula 28 Oktober ini. Adakah anda masih mempunyai masalah memilih peranti gantian? Sila baca artikel 7 Peranti Alternatif Note 7 yang kami sediakan sebelum ini untuk mengecilkan skop pencarian.

Artikel – 7 Peranti Alternatif Kepada Samsung Galaxy Note 7






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eha6KL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.