Oppo Memperkenalkan Oppo R9s Dan Oppo R9s Dengan Memori Sehingga 6GB RAM
Oppo hari ini telah memperkenalkan peranti terbaru dibawah keluarga siri-R, iaitu Oppo R9s. Dua peranti diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Oppo R9s dan juga Oppo R9s Plus yang membawakan saiz sedikit besar dengan memori sehingga 6GB RAM.
Oppo R9s merupakan peranti bersaiz 5.5-inci dengan paparan pada resolusi 1920×1080 pixel. Ia menggunakan kaca Gorilla Glass 5 yang menjanjikan ketahanan yang baik berbanding sebelumya. Oppo R9s menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625, dan hadir dengan memori 4GB RAM, serta ruangan storan berkapasiti 64GB. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 3010mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC.
Oppo R9s Plus pula merupakan peranti bersaiz 6-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, menggunakan cip Snapdragon 652, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan berkapasiti 64GB. Dengan saiz sedikit besar, ia menawarkan kapasiti bateri 4000mAh yang turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC.
Kedua-dua peranti ini menggunakan sistem operasi Android 6.0.1 dengan antaramuka ColorOS 3.0. Menariknya, kedua-dua peranti ini juga menggunakan lensa 16-megapixel pada bahagian hadapan dan belakang. Oppo menggunakan sensor Sony IMX398 padanya, dan mengatakan ia menawarkan lebih rakaman cahaya serta masa pemfokusan gambar yang pantas. Sokongan pengimbas cap jari juga turut disertakan pada butang Home hadapan pada kedua-dua peranti ini.
Buat masa ini, Oppo hanya mengumumkan penawaran Oppo R9s untuk beberapa buah negara sahaja. Ia dijangka hadir ke pasaran Malaysia, tetapi berkemungkinan besar menggunakan nama panggilan lain – lebih kurang dibawah siri Oppo F seperti sebelum-sebelum ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eR9SMC
Post a Comment