Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Windows Essentials Selepas Januari 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Windows Essentials Selepas Januari 2017

Windows Essentials merupakan koleksi perisian popular daripada Microsoft yang digunakan ramai untuk beberapa fungsi khusus. Melaluinya, ia menawarkan perisian Photo Gallery, Movie Maker, Mail, dan juga Live Writer.

Namun, kini memandangkan kebanyakkannya telah diterbitkan pada Windows Store, Microsoft melihat ia tidak diperlukan lagi. Terkini, halaman Windows Essentials telah pun dikemaskini, dan menyatakan mereka akan menamatkan sokongan untuk Windows Essentials 2012 selepas 10 Januari 2017 kelak.

Windows Essentials

Sebagai alternatif, Microsoft menyatakan sejumlah perisian iaitu Mail, Photos, Family Safety dan One Drive telah hadir terbina pada Windows 8.1, sementara Movie Maker pula dikatakan akan diterbitkan Windows Store tidak lama lagi. Bagi anda yang memerlukan Live Writer pula, anda boleh mendapatkan versi sumber terbuka untuknya yang sedia dimuat-turun.

Selepas tarikh 10 Januari 2017 kelak, perisian ini tidak lagi akan ditawarkan untuk muat-turun, dan pengguna tidak akan menerima sebarang kemaskini perisian atau sekuriti untuknya lagi – selain beralih kepada versi Windows 8.1.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dNNM9j

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.