Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Abang Ni Lepas Kahwin Tak Romantik Macam Dulu Lah, Boring” – Isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Abang Ni Lepas Kahwin Tak Romantik Macam Dulu Lah, Boring” – Isteri

Sebelum perkahwinan sememangnya indah belaka. Kerana cinta, sanggup untuk hiburkan hati yang tersayang semata-mata untuk tengok si dia happy bersama kita.

Namun, haruslah diingat. Selepas kahwin tak semestinya tak romantik sebelum berkahwin. Apabila berkahwin, komitmen dah jadi makin tinggi dan tanggungjawab makin besar.

Jom ikuti pendapat dari individu yang bernama Muhammad Zukermi mengenai perkara ini..

Wahai para isteri, kami suami bukan tak nak jadi romantik seperti drama abam bomba, mahupun abam pilot. Adakalanya terfikir panjang juga bila isteri bertanya,

Kalau sebelum kahwin, kami tak rasa lagi beban tanggungjawab sebagai suami. Masa itu, siang malam boleh fikir nak buat pickup line. Sebab itu, kalau tengok orang muda yang sedang hangat bercinta, siang malam sweet. Kami dulu pun begitu juga.

Masa itu, dalam otak tak ada fikir nak bayar bil elektrik, bil internet, bil astro, bil telefon, beli barang dapur, bayar kereta, bayar rumah, bayar GST dan segala macam beban hidup lagi yang perlu dibayar. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi hari ini, siang malam kami para suami kena perlu berfiir bagaimana nak survie dalam keadaan seperti ini.

Alangkah indahnya kalau hidup ini semudah seperti drama Suri Hati Mr Pilot. Dilahirkan dalam keluarga kaya raya, ruamhnya saja sudah besar seperti dewan serba guna taman kita, wahai isteri.

Ada ketika kami para suami ini seperti tiada perasaan, wajahnya seperti tenang tetapi di dalam fikirannya tiada sesiapa yang tahu. Ada ketikanya nampak seperti kami begitu rileks melayani Facebook tetapi beban dan tekanan itu tak pernah hilang, wahai isteri.

Tetapi satu yang kami nak kongsikan. Sebagai suami, sayang itu tidak pernah kurang, sama sahaja. Malah lebih lagi dari sebelum berkahwin. Cuma kalau kami kurang sweet, maafkan kami ya. Nilailah sweet seorang suami itu bila mana dia berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan baik.

Semoga Allah swt sentiasa mencurahkan rahmatNya kepada kita semua. Smeoga kita semua sentiasa berkasih sayang dalam apa jua keadaan.



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.