Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib pi mana hari ini, pembangkang tanya, - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib pi mana hari ini, pembangkang tanya,

KUALA LUMPUR – “Kami diselar keluar (Dewan Rakyat)  tetapi hari ini, Menteri Kewangan tidak hadir pun dengar hujah balas kami.”

Demikian luahan rasa hati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika membahaskan Rang-Rang Undang-Undang  ‎Pembekalan 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu.

Wan Azizah yang bercakap atas kapasiti Ketua Pembangkang berkata, beliau terkilan dengan sikap yang ditunjukkan perdana menteri.

“Saya rasa terkilan…. (Najib) tidak hadir bersama-sama untuk beri sedikit pendengaran kepada kami yang kecil ini,” katanya di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini pada Pembentangan Bajet Jumaat lalu, rata-rata ahli parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan ketika Najib belum sempat menghabiskan pembentangan beliau.

Ianya susulan daripada kenyataan Najib  yang mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang mengalami ribut ekonomi.

Katanya lagi, untuk rekod bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ketinggalan untuk hadir ke Parlimen tatkala sesi  ketua pembangkang membahaskan bajet.

“Imbau kembali kenangan lalu Mantan Menteri Kewangan tidak pernah tidak hadir ketika ketua pembangkang bahaskan bajet.

“Ini menunjukkan beliau mempunyai jiwa besar dan sanggup menerima teguran daripada pihak pembangkang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya adalah penting untuk Najib hadir hari ini kerana “ada isu penting yang perlu dibincangkan bersama”.

“Najib Jumaat lalu bercakap soal kemaslahatan rakyat, jadi perkara itulah yang hendak dibincang bersama, bagi mewujudkan semak dan imbang,” katanya.

SINAR HARIAN

.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2eCVFQL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.